Klik Dengan Bijak & Sothink Logo Maker II
24 Januari 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 23 Januari 2016 bertempat di Pusat Internet Arau telah berlangsung aktiviti Klik Dengan Bijak & Sothink Logo Maker II. Aktiviti ini berjaya menarik minat seramai 9 orang peserta di sekitar Arau. Aktiviti ini merupakan aktiviti tambahan dari aktiviti KDB & Sothink Logo Maker I. Melalui aktiviti ini, para peserta dapat memantapkan lagi kemahiran dalam menggunakan software Sothink Logo Maker. Dalam slot Klik Dengan Bijak, para peserta diberi pendedahan mengenai keselamatan-keselamatan di internet dan diberi tips untuk melayari internet dengan lebih selamat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: